The Biggest Loser: Kurus Untuk Gemuk Semula?

The Biggest Loser: Kurus Untuk Gemuk Semula?

The Biggest Loser : Kurus Untuk Gemuk Semula?


Siapa kat sini yang tak pernah tonton program realiti tv, The Biggest Loser?

Alaa, program yang orang berlumba nak turun berat paling banyak tuu..

Min rasa ramai kot yang pernah tengok 😊 Program ni popular jugak dulu..

Ok, harini min nak share satu kajian yang dibuat tentang program ni oleh Universiti Harvard.

Dalam kajian diorang, team researcher dari Harvard ni follow bekas peserta TBL selama 6 tahun bermula selepas program TLB berakhir.

Dan diorang dapati, semakin tahun meningkat, semakin banyak berat yang bekas peserta TLB ni gain (i.e naik berat).

Ada yang naik berat hampir sama dengan jumlah yang diorang turun masa program dulu, dan ada jugak yang naik berat lebih daripada sebelum program!

Mesti korang fikir, eh kenapa jadi macam tu? Diorang dah tak jaga makan ke? Balik semula kepada habit lama ke?...

Jawapannya, tak.

Diorang masih jaga makan.
Diorang masih bersenam.
Diorang masih berdisiplin.

Bezanya,

Badan diorang bukanlah badan yang sama seperti sebelum program TLB.

Masa program, diorang kena lalui pelbagai macam latihan intensif untuk turunkan berat.

Dan diorang berjaya turunkan banyak berat dalam masa yang sangat singkat.

Tapi, bila program dah habis, walaupun diorang masih cuba untuk menjaga makan dan bersenam, badan diorang berdepan dengan masalah slow metabolism.

Iaitu badan struggle untuk bakar kalori yang diorang ambil, walaupun dalam jumlah yang sedikit. Ni menyebabkan lemak mudah terbentuk dalam badan, dan zupp! Berat pun naik..

Satu lagi masalah lain ialah level eptin (iaitu salah satu hormone yang mengawal rasa lapar) dalam kalangan bekas peserta TLB ni jugak sangat rendah.

Jadi diorang ni selalu berada dalam keadaan kelaparan dan rasa nak makan je..

Kesian kan diorang 🙁


Sumber NY Times